Wednesday, February 17, 2010

MEMBODOHKAN MASYARAKAT CINA ???

Berita Harian : 17.02.2010 :Khalid Idham Lim. YB Titi Serong. La..daripada aspek mana pula penganjuran Rumah Tahun Baru Cina oleh YAB DS Dr.Zambry, MB Perak di kediaman MB jadi bodoh pulak dah. Tindakan MB untuk semua kaum, buat rumah terbuka untuk masyarakat Cina, yang menjadi sebahagian daripada rakyat Perak pada anggapan YB Titi Serong sebagai bodoh. Kalau macam tu pada anggapan YB Titi Serong, 5,000 masyarakat pelbagai kaum yang majoritinya Cina yang hadir ke Rumah terbuka itupun bodoh juga le..
Betul kata MB, nak kritik dari aspek agama, tiada apa larangannya. Jadi dah namapun pembangkang yang nak nampakkan mereka buat kerja, penganjuran majlis yang baik niatnya pun dikatakan tindakan bodoh. Yang mereka bersidang di bawah pokok tu pula, cerdik benar le pula nampaknya ye..
Sebenarnya..nampak sangat gelabah dan terdesaknya pembangkang. Dengan senario seluruh negara nampaknya merungsingkan pembangkang. Tindakan pemimpin - pemimpin pembangkang bertelagah sesama sendiri, masing - masing bawa diri, yang Cina dengan pendirian Cina, yang India dengan India, yang Melayunya pula ada yang suka, ada yang tak suka. Rakyatpun dah nampak muaknya dengan sikap 'kaduk naik junjung' pembangkang, alih - alih YB Titi Serong kata BN Perak pula menggelabah..
SUBhg Gerik: Anak teman yang kecil pun heran sebab dia kata DS Nizar ni, suka benar melambai tangan..sampai atas katil hospital pun sempat bangun lambai tangan..

FIRAUN KECIL DAN ANCAMAN TERHADAP PERLEMBAGAAN

YB Zulkifli Nordin. Kulim Bandar Baru. Berita Harian 17 Feb 2010. Intipatinya bukan tentang kewujudan Firaun kecil dalam pembangkang. Lantak le..dulu gelaran firaun ni ditujukan kepada BN terutama pemimpin UMNO. Sekarang ni gelaran Firaun dah berbalik kepada mereka. Bukan UMNO kata. Bukan BN kata. Bukan dasar UMNO dan BN ni untuk habiskan masa nak maki hamun orang. Tapi ini kata pemimpin mereka. Kata ahli Parlimen mereka. Dan kalau dah gelarannya Firaun Kecil, tentulah ramai dan banyak...
Tapi kita keluarkan semula petikan YB ZN ini,
" ..firaun kecil yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan dasar berhubung kedudukan Agama Islam, Raja dan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan...nak mengeluarkan negara daripada lingkungan kerangka dalam Perlembagaan Persekutuan...babitkan pembangkang, orang luar dan NGO.."
Ini yang amat berbahaya. Jika sudah didedahkan, pihak berwajib sepatutnya mula menyiasat, mengumpul maklumat risikan dan mengambil tindakan wajar dan serius. Ini ancaman kepada kewujudan sebuah negara bangsa yang telah hidup harmoni, aman dan makmur semenjak 1957. Takkan lah nak kena tunggu juga ada laporan polis dibuat baru nak disiasat. Takutnya pemikiran sebegini akhirnya membarah dalam pemikiran rakyat, menjadi kudis dan nanah yang tidak terubati. Ini ancaman yang amat dan amat serius. Keinginan untuk menulis semula Perlembagaan Negara pun sudah menjadi ancaman besar kepada keselamatan negara, baru keinginan, apatah lagi telah didedahkan adanya usaha - usaha untuk bergerak ke arah itu dan pendedahan itu dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang selama ini berada bersama mereka.
Subhg Gerik : Tunggu apa lagi..

Tuesday, February 16, 2010

TAHNIAH TOK LAH..

Tahniah le Tok Lah..berjaya juga menamatkan pengajian. sekarang dah jadi pemegang Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan ). Sama le juga kepada Cikgu Baha, Bendahari Bahagian..tapi minta maaf le..gambar tak ade..

Monday, February 15, 2010

:: TOK PA DI GERIK

15.02.2010
Lawatan Ramah Mesra YB Tok Pa, Bapa Angkat Bahagian Gerik

:: Mengimami Solat Maghrib Berjemaah dan Ramah Mesra dengan Kepimpinan Cawangan Dalam Zon Bersia dan Bandariang di Surau At Taqwa Felda Bersia 1 ::




....beramah mesra bersama dengan JK Surau dan kepimpinan cawangan selepas solat maghrib

..tu dia Tok Lah, tu le lebihnya Tok Lah..

...bergambar bersama dengan JK Cawangan UMNO Ai r Suda dan kepimpinan dalam Zon Gerik

..Menziarahi Cikgu Lop, orang kuat UMNO yang agak uzur..semoga cepat sembuh..
:: Majlis Ramah Mesra bersama kepimpinan Bahagian 4 Peringkat ::

Terima kasih YB Tok Pa. Semoga silaturrahim yang telah sedia terjalin terutama semasa YAB Dato Seri Diraja Mohd Tajol Rosli, akan terus kukuh. Sebagaimana Jeli ingin melihat Perak akan menang besar pada PRU13, Gerik juga berkeyakinan dengan kepimpinan Tok Pa, Kelantan akan dapat dirampas kembali.

::SELESAI ISU TANAH DI SIRA PANAS..

13.02.2010
Perjumpaan Dengan Penduduk Kg Sira Panas, Basia Lama Berkaitan Isu Pemilikan Tanah
... terima kasih le kepada Che Mat Pejabat Tanah yang sudi korbankan cuti untuk bantu Tok Lah selesaikan isu tanah ni.. ini le contoh kakitangan kerajaan yang sanggup berkorban demi rakyat..sampai cermin mata pun bawa spare..tu yang Tok Lah pinjam de..

...mung Mat Shahed, nak berucap ka nak menyanyi..handal..

..ramai..sampai tak muat surau Sira Panas..ataupun saja nak bagi tahu kat Tok Lah..panas..kipas tak cukup..

...iyala orang muda..asal jumpa tangga..nak merokok di dalam tak tergamak..

...dengan penuh harapan

..akhirnya semua berpuas hati..itule..kalau semua wakil rakyat sentiasa luangkan masa untuk turun ke bawah bertemu rakyat..selesai masalah..

:: JUMPA KEPIMPINAN CAWANGAN DUN P.HULU

30.01.2010
Perjumpaan Dengan Kepimpinan Cawangan dan Bahagian UMNO Gerik Dun Pengkalan Hulu


...menung panjang nampaknya tok lah..letih di..takpala..sekali sekala lepas ke tok naib tu pulak jumpa kepimpinan..

...sekali lagi di Dun Pengkalan Hulu pun..ramai hadir..itulah..kita di Gerik ni berbangga sungguh dengan ahli - ahli parti yang amat menyayangi parti..bukan dekat - dekat yang hadir tu..

::JUMPA KEPIMPINAN DUN TEMENGOR

28 Januari 2010
Perjumpaan Bersama Kepimpinan Cawangan dan Bahagian Dun Temengor
..bersemangat menyanyikan lagu UMNO Perak, Bersetia Berjuang Berbakti..

...ramai sungguh yang hadir..

... tak tahulah Tok Lah..kalau demo tak paham lagi..

Alhamdulillah. Majlis malam itu hingga melimpah Dewan Persidangan. Semua dah dijelaskan. Berkaitan Pindaan Perlembagaan UMNO, Kemaskini Keahlian UMNO, Program Juara Rakyat, hinggalah perkara berkaitan dengan kedudukan MB Perak. Itu belum lagi keputusan Mahkamah keluar, tetapi Tok Lah dah tanamkan keyakinan kepada UMNO Gerik, YAB DS Dr.Zambry, akan menang dan terus menerajui Perak..akhirnya berbaloi di keyakinan kita..